Monday, July 11, 2016

Alhamdulilah .Usaha dan Kuasa doa?

Salam

Selepas 5 bulan tak update blog ,  menghilang menjalani kehidupan , busy dengan fyp , rotation , conference  and lastly comprehensive exam. Taraa result keluar 27th June hari tu syukur Alhamdulilah lulus. Berkat doa semua orang ibu abah atok nenek keluarga kawan- kawan.

Menunggu keajaiban?

Sebenarnya masa minggu comprehensive exam tu ,stress la juga, nasib bulan ramadhan so boleh la displin kan diri study malam sementara nak tunggu sahur. Pernah satu hari tu terbangun tengah malam nak study tapi tak tau nak study apa sebab banyak sangat nak cover ada yang study sambil nangis sebab rasa penatnyaa study tak habis-habis. Subject 5 tahun hg kene study adeyyy  ( I hate my life la kononnya  -.-') . Awat la susah sangat orang lain habis fyp horey horey dah aku nak hadap CE ni lagi.

Then masa each paper ada je yang tak kena , jawab MCQ pun tak terkira banyak salah. Keluar satu oral test sangat lah down down . Nangis la juga bila keluar dari oral exam tu huhuhu :(

Try la positive kan diri cakap takpa la  hg dah berusaha, habis dah part hg . Tinggal doa je kat Tuhan yang Maha Berkuasa kemudian tawakal and redha. Sesungguhnya hanya menunggu keajaiban ja. Di sebabkan tradisi course aku ni. Siapa yang tak lulus akan kene call so hari tu duk berkepit la tepi telefon sambil berdoa jangan la ada orang call. Hati tak henti-henti zikir. Adui boleh naik gila nak tunggu bila la kesengsaraan habis. Then 4.30 ptg dorang announce siapa tak dapat call boleh berkumpul di auditorium dengan dekan. Serius rasa macam weh mimpi ke ni lulus ;')

Alhamdulilah kuasa doa semua orang memang la hg rasa macam tak boleh buat la apa la, tapi jangan hilang yakin kat Tuhan sesungguhnya dia yang lagi berkuasa. 






Selamat Hari Raya Semua
Maaf zahir dan batin




No comments :