Saturday, November 23, 2013

menipu dan merana dan balasan

Menipu
Sem ni aku seronok. Sebab di kelilingi kawan yang seronok. Result macam biasa la mana ada cemerlang. Zaman kegemilangan dah lepas dek non.  Actually aku ada satu tabiat baru sem ni. Aku suka terbangun lambat. One day aku terbangun lambat dan aku terlepas kelas pukul 8. Selalunya aku tak pernah minta orang sign kan untuk aku. Tapi nak dijadikan cerita pagi tu aku dengan rumet aku pun sama sama bangun lambat and rumet aku minta tolong kawan yang lain tolong sign kan. Bila aku bangun rumet aku cakap tadi dalam kelas nama aku kantoi sebab lecturer panggil nama aku ada sign tapi orang nya takda. Tetiba aku jadi cuak. Dah la first time buat macam tu and terus terkantoi. Aku rasa life ni unfair ramai je selalu buat rumet aku pun suh orang sign kan tapi tak kantoi pun. --' 

Merana
Aku pergi lab dan aku lupa tanda tangan attendance sebab aku terlalu teruja nak balik and bila sampai bilik baru perasan aku lupa sign. Dah la lab tu subjek yang aku kantoi skip kelas. Lecturer tu pun jenis strict dalam lab dia asyik pesan jangan lupa sign attendance tapi kenapa lah aku lupa. Aku nak pergi jumpa lecturer tu tapi aku takut sebab mesti dia ingat aku tipu dia dah la skip kelas dia then tetiba datang jumpa dia nak minta tanda tangan untuk attendance lab dengan alasan terlupa sign. Tapi memang aku datang lab tu :(

Balasan
Minggu ni aku homesick .. dah la dua benda alah tu jadi kat aku and aku tension tak tentu pasal. Aku pelik kenapa bila aku nak buat nakal sikit je aku terus kantoi nape orang lain buat tak pernah kantoi. Then aku realised aku patut bersyukur tuhan balas perbuatan aku cash. Tuhan bagi aku sedar terus. Tuhan sayang aku dia tak bagi aku leka. Sekali buat terlepas then buat berkali kali. Mungkin ini balasan yang aku kene taggung walau sekali buat tapi tak berkat. Ingat tak berkat :( Bila aku fikir attendance and markah lab aku , aku rasa menyesal sangat tapi nak buat macam mana benda dah lepas. Aku nak redha pun aku tak mampu lagi tapi dalam hati tak habis habis dengan kata menyesal.

Tetiba lagu tegar pun bermain main dulu dulu aku bukanlah yang sekarang eh betul ke liriknya --''
Dulu aku tak macam ni tapi sekarang kenapa macam ni :(

Aku tension dan tension
...

3 comments :

Adam Faiz said...

Assalamualaikum,
sabarya? ada hikmah disebaliknya :) ALLAH takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya :)

Cik Asma BLuppy said...

pengajaran la tu supaya xbuat lgi. btw, goodluck in ur studies!

nuur kamarul said...

terima kasih Adam faiz and cik asma bluppy :)

tak buat lagi janji !