Saturday, August 3, 2013

Kuih limas yummy



Kalau orang tanya apakah kuih tradisional kegemaran anda?. Mesti aku akan jawab kuih limas! Kuih limas yang paling sedap aku rasa setakat ni ialah kuih limas makcik pah jiran aku.  Aku pun baru tahu yang kuih limas ialah kuih tradisional negeri perak oO.

Masa aku jadi curator twt perak aku baru tahu yang kuih limas and kuih pelita adalah kuih yang berlainan. Berlainan tu dari segi bahan bahan nya lah. Ni berdasar respon-respon orang yang twit kat aku,  time tu aku terkonfius kuih limas,kuih tako,kuih sampan, kuih pelita. 

Menurut mereka setiap kuih ada berlainan bahan walau nampak serupa dan ramai yang terkonfius dengan kuih-kuih ni. Aku ingatkan kuih ni berlainan nama sebab kedudukan geografi je contoh macam orang perak panggil limas orang kedah panggil kuih sampan. Rupa nya tidak. So jika fakta ini salah betulkan aku ye :)


2 comments :

ieLa yaaCoB said...

memang sedap pon limas..yang paling suke santan ats die..lemak bkrim! yummy..huhu

Nuur Fa said...

ouh me suka yg part hijau manis hee