Saturday, July 7, 2012

practical di Zoo pula. . .

Minggu lepas bermula seminggu berpractical di Zoo Melaka. Hoho semua perasaan bercampur baur takut seronok gementar etc.

Hari Pertama 
Aku di tugaskan untuk menolong di bahagian kuarintin Haiwan. So dalam bahagian ni ada dua ekor anak beruang, itik, anak musang, ular , napuh, bangau yang injured , burung tiong mas. So kerja aku tolong bersihkan area2 ni. Ambil mangkuk makanan haiwan-haiwan ni then En.Fazren tolong isikan makanan. Aku letak balik dalam cage.




Aktiviti after minum pagi ikut staf pusing pusing zoo. Tengok proses bagi ubat kat mandrill. . Then tengok macam mana proses ID di masukkan ke dalam anak banteng. Bila petang tak de benda sangat so tolong staf klinik hias board














Hari Kedua 





Aku kat kuarintin haiwan lagi. Kerja macam semalam juga. Em after minum pagi kerja berjalan macam biasa tengok mandrill lagi. Ok boleh refer kat board aku malas nak tulis ehe tangkap gambar suda :)












Hari Ketiga


Hari ni aku pergi ke kuarintin burung. Sangat best sebab burung burung semuanya cantik belaka. Em kali ni kerja macam biasa bagi burung makan siap boleh main suap suap.kat burung tu Em nak pic pun tak de atas sebab polisi zoo yang memang tak benarkan gambar di ambil di kawasan klinik. Then.  . . hujan lebat selebatnya so petang tolong staf hiaskan klinik :D


Hari ke-empat

Cuci kandang harimau. Wao gaye ganas je. Harimau bersin pun aku dah berundur ke belakang. Haha tapi tugas punya pasal gagahkan juga mencuci kandang tu. Di temani staf yang sangat sangat membantu. Menjawab semua soalan yang aku tanya. Memang baik superb baik la staf staf kat zoo melaka. Bila petang ada pembedahan sikit. Ouh kami pergi mengambil anak memerang yang tak sihat selepas minum pagi.




Hari ke-lima


Last day. Hari ni aku di tugaskan kat dapur. Tempat menyediakan makanan haiwan haiwan di zoo. So potong potong buahan.Selepas minum pagi kitaorang pergi melawat mandrill lagi. Then pergi melawat gajah. So aktiviti petang ada enrichment.Buat tugasan yang di beri. Petang pula :( mula bersalaman dengan staf. 

5 hari yang berkualiti walau homesick cikit *ngada ngada yang ni* tapi Alhamdulilalh tuhan mempertemukan dengan staf zoo melaka yang sangat baik dan friendly.

7 comments :

ascil.punye.lah said...

bestnya korangggg.teringin nak jaga zoo~

hanaharun said...

gempak cuci kndg harimau... :D

LITTLE NUUR said...

ASCIL : if ascil nak jadi sukarelawan pun di alu alukan

HANA: haha bg mandi skali comel je

Cik Cempaka said...

hehe..mcm syok jer praktikal u all ^^

ain dzaya said...

ain praktikal kat construction ..nie pulak kat zoo..haihh..,macam2 tmpat praktikal..


Beli Sikat Baru.

LITTLE NUUR said...

cik cempaka: aah seronok la juga :D

ain dzaya: tu la haha lain bidang lain practicalnya :P

Trah Zain said...

wah, best nye, leh main dgn bntg..hehe