Thursday, July 12, 2012

matang ke? Macam macam la

Umur dah 20 kadang kadang fikir matang ke aku ni? Bila di fikir banyak benda yang aku rasa agak kelakar masa zaman zaman tak berapa nak matang dulu.

1st of all aku nak minta maaf kat rakan rakan sekelas aku masa kat maktab. Tak tahu la aku rasa macam ada banyak buat salah je kat korang. Tak join aktiviti kelas. *ntah pe pe je*.  -.-'' and aku tahu dengan mulut yang agak pedas ni kadang-kadang buat korang sentap ke. Sori la ye :( Ntah kenapa since hujung hujung sem hari tu aku rasa macam teringat ingat zaman kat maktab.

Bila dah umur 20. Jurusan kat universiti pun dah di pilih. InsyaAllah moga tuhan mempermudahkan pilihan aku ni. Aku di uji dengan dugaan dugaan yang aku sendiri tak pernah membayangkan. Dari satu ke satu kadang kadang aku rasa dah umur 20 aku tak wajar nak hadapi masalah macam ni.n Tak mengapalah biarlah pengalaman mengajar kita mungkin tuhan nak uji aku dengan tahap kesabaran aku. Mungkin dengan ada dugaan macam ni aku akan menghargai semua sahabat yang selalu ada support aku kala susah senang.

Umur 20 tapi tiada teman lelaki *perlu ke pengakuan ni* Sejujurnya ya. Memang tiada. Aku sendiri takut bila tengok kawan kawan aku yang melangkah ke alam percintaan ni frust , gaduh , jeles sana sini, nangis baik balik dan macam macam. Kadang kadang jeles tengok kawan sekeliling bahagia but in other site aku rasa bersyukur mungkin aku pun jenis yang tak boleh fokus dua hala. Kalau belajar kene belajar kalau nak balance belajar dengan bercinta aku memang tak mampu macam dorang semua. :) Tapi aku sentiasa mendoakan kebahagian sahabat sahabat ku. 

Kadang kadang niat untuk friendly di salah ertikan. Kalau tak friendly pun di salah juga. Bila di pikirkan balik bukan salah aku pun. Tapi sebagai kawan baik kepada dia of course la serba sedikit aku akan terasa bersalah secara tak langsung. -.-'' Aku pun tak tahu nak tolong macam mana. Yang mampu mendoakan dari jauh harap korang boleh kembali bersama (pheewit duk nasihat orang :) )

Patut ke tak aku publish post ni pun aku tak tahu 
Tapi aku harap sangat post ni tak di salah ertikan
Assalamualaikum