Friday, June 29, 2012

Seminggu berpractical di Klinik Haiwan

Hye!
Akhirnya ada juga kesempatan nak update blog setelah sekian lama mengabaikan nye. Rindunya nak berblogging walau tak tinggi trafic blog ni. Tapi tak kisah lah since bloging antara hobi yang masih tegar dari zaman aku sekolah sampai la ke zaman universiti. Cheewah bajet lama je dah bloging. cuti sem ni aku kene practical kat klinik haiwan. So aku paksa Su turun ipoh pratical sama sama dengan aku hihi cian su tak pasal je.

1st day
Kitaorang macam blurr blurr nak buat apa So tolong la Bora cuci cage kucing bagi makan. Then hari ni kitaorag dapat tengok operation neutered (Pengkasian) anjing and kucing betina.



2nd day
Kami tengok perngkasian anjing jantan. Ternyata operation yang lagi simple dari pengkasian anjing betina.


3rd day
Kami tengok operation tulang. Kaki anjing tu patah. Operation yang agak lama. Penat juga aku tengok dr. tu  nak masukkan besi. Mula lah aku pikir ya Allah mampu ke aku buat operation macam ni masa akan datang.




4th day
Tolong doktor apa yang patut. So practical ni banyak yang memerhati tapi doktor ajar la handle mesin penafasan masa tengah operation. Tengok heartbeat anjing dll. operation hari ni kitaorang tengok anjing yang dapat batu karang. Operation ni aku tengok macam agak complicated la juga ye la bladder anjing tu kene flush berapa kali nak keluarkan batu karang nye.Then aku dapat tengok macam mana dr. keluarkan nanah dari paru paru kucing. Kesian kucing tu aku tengok bernafas pun sikit sikit je. Tiap dua hari kene cucuk keluarkan nanah :(
positif ada virus 

5th day
Kali ni aku dengan su lari dari bilik operation. Haha bukan tak nak menimba ilmu tapi operation pegkasian lagi. So tak pe lah kami pergi menyibukkan diri kat meja pendaftaran. Tolong doktor bagi ubat kat pesakit. Then, tengok anjing grooming. Hari ni juga aku hampir di gigit anjing. Hoho lemah juga jantung. Tapi aku anggap cabaran sebagai student vet. Aku kene lebih alert dengan anjing friendly atau tak friendly pada masa akan datang. Bak pepatah orang tua tak kenal maka tak cinta :)

anak kucing yang berebut minta perhatian

Esok last day aku practical kat situ. Kejap je rasa :( InsyaAllah ada masa aku melawat lagi klinik tu.  Thanks untuk semua dr yang sudi terima kami untuk berpractical di situ. Dr.Wan Dr.Chin Dr.Ng Dr.Dhoreen and Dr.Goh. Last but not least Suliza yang sudi datang menginap rumah aku yang tak seberapa demi menemani aku berpractical bersama sama :D



2 comments :

Lily said...

Msti seronokkan. Anak kucing tu comel sgt :3

LITTLE NUUR said...

haha excited habis :D