Sunday, May 27, 2012

Cinta Bersatu

Ok tajuk post yang takde kene mengene langsung dengan post yang bakal di tulis. Puncanya time aku tulis post ni aku tengah dengar lagu liyana jasmay tajuk cinta bersatu :) Comelnye je lirik dia . Since exam final akan menjelma kurang dari tiga minggu. Doakan terbaik untuk aku ye kekawan :D

Rindu nak berblog macam dulu. Blogwalking setiap malam uhuk tapi apakan daya masa mencemburui kita. Jika umur panjang kita jumpa lepas exam. Jika nafsu online melebihi nafsu study mungkin ada lah next post aku masa study week nanti hehe :)

Nak kata busy tak busy sangat nak kata study tak study sangat. Tapi aku tengah busy membetulkan sebahagian diri aku yang tak berapa nak betul. Kembalikan semangat study. Lupakan semua benda & manusia yang boleh menghilangkan fokus aku. Merapatkan kembali kepada Pencipta yang Satu.

Aku sangat leka bila kat Uni. Walau banyak masa free tak pernah rasa cukup walhal nak di bandingkan hidup kat matrik kelas 8 pg 5 ptg relax je. Siap boleh siap semua tutorial. Ouh sebut pasal matrik goodluck kat adik lelaki aku yang nak daftar matrik esok. Wish u all the best!

Minggu ni ada 3 test yang perlu di settle. So I kene pergi dulu..huhu

bubye blog :(




No comments :