Sunday, February 26, 2012

the housematess xoxo

Assalamualaikum.. 1st week untuk sem dua sudah habis and esok start 2nd week. Maksudnya ada 12 minggu lagi before study week and final for sem 2. and 5 atau 6 week lagi before midsem. Weh kenapa cerita pasal exam ni. Ini dah lari tajuk.

Alhamdulilah sem dua housemate aku masih cukup 6 termasuk aku. Tak tahu la if ada lagi yang nak masuk rumah ni since rumah aku ada 1 lagi bilik kosong. Aku pun tak pernah la lagi tulis post pasal housemate aku. Yang pastinya aku tersangat sangat lah bersyukur mempunyai kawan serumah yang sekepala walauuu pun berlainan karakter. Hihihi...

1st is Kak Ema .. ouh tersangatlah jeles dengan dia sebab dia pandai sangat. Orang cakap study lepak result gempak. Dia lah orang nya. Sangat sangat lah periang macam tiada masalah je tak pernah pun nak moody. Comel pulak tu. Humble orangya :D

2nd is Kak Azi yang ni pun sama je dengan k.ema jeles tengok dorang study lepak je. Tapi bila kuar result mak ai ternganga aku dengar. Tinggi tinggi belaka. Hihi suka tengok perangai kebudak budakkan dia. Kalau lepak sekali dengan dia ada je lawak dia nak buat. Gelak je kitaorang serumah kalau dia ada

3rd is Su!
Su minah cun yang suka buat muka gangster. Dia ni kira yang paling senang aku nak kamcing. Ni pun sama tak pernah nak moody.  Simple je orang dia. Kalau kawan dengan dia memang sempoi ! :D Dia antara orang yang paling rapat dengan aku kat UPM sebab if ada masalah nak cerita ke apa ke aku cari dia dulu sebab dia ni good listener  :)

4th is Ayu
Ayu ni dulu jiran sebelah bilik aku tapi tahun ni jadi roomate aku :) Orang dia kecik je macam aku dan ayu se ayu nama dia haha :) Dia pun happy je orangnya :) Comel and satu je aku kagum dengan dia kecik kecik cili padi. So kalau dia cakap tak maksudnya tak. Jangan main main ye dengan dia. Berpendirian gitu

5th is Mira
Mira sangatlah lemah lembut sopan santu cun pulak tu. Kalau mak mentua tengok memang calon menantu pilihan la. Dia baik ya amat kadang kadang aku selalu  cakap kat dia kalau kawan dengan dia aku tak dapat banyak pahala sebab dia ni jenis tak suka menyusahkan orang. Bila aku nak tolong dia ada je cara dia nak mengelak. Sweet sangat orang nya, Rajin pulak tu. :)


Nama nama dorang la yang akan selalu muncul dalam blog aku selama lima tahun ni. Insyaalah :D Till here aku nak kuar lunch dengan ayu. :D 

1 comment :

lieynanilaz said...

kalau dapat housemate yg ngan dan sekepala...oklah dan kita pun seronok nak tinggal kat situ...tapi kalau dapat kawan2 yg bawak masalah memang sakit jiwa!1...hoho.