Thursday, July 21, 2011

Tak la pandai masak sangat.


Ok itu gambar masa aku form 2. Wee time ni tangkap gambar pun guna phone. Tapi time tu phone 'sabun' pun dah kire canggih dah. Masa ni aku masuk pertandingan memasak wakil zon. What!!! nuur masuk pertandingan memasak? (sambil kesat mata). So what apa ingat aku tak tahu masak ke? -.-'' 

Mula mula satu group dua orang je then tetiba bila ke peringkat seterusnya pihak penganjur nak tiga orang. So time tu cikgu aku suruh la kawan aku ni cari siapa yang reti bab bab komputer. Eh ade kene mengene ke komputer dengan masak masak ni. Ada je. Tujuan cikgu tu nak serahkan tugas print memprint buat menu buat buku resepi kat budak yang kononya pandai komputer tu So kawan aku pun suggest la nama aku kat cikgu tu.(bukan sebab aku pandai masak pun T.T )

Aku pun okey jelah takat taip menaip ni buat buku skrap tak la susah mana pun.Boleh kumpul sijil kalau aku join. Lagipun aku ingat aku menempek je kat dalam group tu sebab dua orang kawan aku tu memang superb la dalam masak masak ni. Aku hmm smbil tunjuk muka. Tolong ibu kat dapur pun boleh kira berapa kali lalala. 

Bila time buat latihan tetiba cikgu tu bagi aku resepi utama untuk kumpulan aku. Maksudnya aku kene buat sajian utama lah. Peh time tu nak je aku nak je cakap" eh cikgu bukan tugas saya buat buku menu je ke?". Tapi aku cakap dalam hati jer tak berani nak membantah. T.T Sekali aku kene buat makaroni berendang. Then kawan aku yang lain dorang buat air sorang and kuih sorang.

Balik rumah aku cerita kat ibu yang aku masuk pertandingan memasak. Ibu buat muka pelik. Sebab ye la dia pun tahu aku ni jenis jarang jenguk dapur. Malam tu jugak aku dengan ibu keluar pergi UO cari barang barang pertandingan kononya nak buat latihan kat rumah.

Di pendekkan cerita, masa pertandingan beberapa insiden berlaku. Tetiba salah sorang kawan aku tu terpotong jari dia. Santan yang kiteorang bawak dah masam and kitaorang salah bawak kain hampar meja. Tapi semua tu berjaya diatasi (eh iyeke). Tapi yang paling membanggakan aku.Aku berjaya menyiapkan menu aku ye lah aku kan dari budak yang jarang masuk dapur so itu adah pencapaian yang boleh dibanggakan dalam hidup aku heee. (pejam mata hela nafas ok sila bangga sekarang)

Sebenarnya aku siap buat flow chart versi resepi sebelum aku pergi bertanding gara gara aku takut terlupa masuk bahan bahan yang ada.Dah macam nak buat eksperimenJangan tanya kitoarang dapat no berapa yang penting bukan no last lalalala

Since hari tu aku mula menjinakkan diri dengan dapur. Aku mula masuk pertandingan memasak yang di anjurkan kat sekolah. Walaupun tugas aku potong memotong je. At least aku tak la naif sangat kalau bab masak ni :)(puji diri sendiri nampak)

ok dah maghrib chow~~








No comments :