Saturday, July 30, 2011

Isnin punya cerita :)

Hye!

Banyak nya benda nak cerita kat blog ni. Ok ok relax nuur. Jom kita cerita satu satu :)

Isnin 

RnR sungai perak :D


Aku pergi ambil sijil SPM aku kat maktab dengan ibu abah and tisha :) Sampai je kat maktab aku tengok junior junior lelaki otw pergi surau.Yang perempuan tak nampak pulak. Hmm lupa pulak masa aku pergi tu gap masa untuk lunch before pergi prep petang. Perjalanan ke Taiping sangat mengujakan lalu kat Taman Tasik and eh aku terserempak jugak dengan "michael"..hehe 



Teringat pulak kisah michael..

Orang cakap michael suka kejar budak perempuan especially budak perempuan yang bawa makanan. Dia tak kejar budak lelaki sebab budak laki akan baling batu kalau dia kejar. 

Satu hari aku otw nak pergi prep pagi dengan yana. Kononnya nak jimat masa kitaorang malas nak sarapan kat DS ambil je kuih sebab niat di hati nak makan kat kelas nanti. Masa dalam perjalanan ke kelas. Kebetulan masa itu juga suku sakat michael sedang outing. Seperti yang sudah di ramalkan kami di kepung oleh suku sakat michael. Apa lagi nak lari ke depan ke tepi ke belakang semua di kepung. Aku tahu michael nak kuih kat tangan aku tu. Aku pun apa lagi bukan setakat kuih aku baling. File file buku aku semua aku baling. Then aku nyorok kat tepi dinding. Betapa cuak nye aku.T.T Bila aku nampak budak laki lalu. Berani la sikit aku nak keluar sebab aku tahu michael mesti lari kalau nampak budak laki. 


Korang nak tahu michael tu siapa?

sumber google
 Ini lah dia suku sakat michael. Dulu dulu kalau aku stay kat kelas petang. Selalu lah nampak suku sakat michael ni keluar outing dari bukit larut bawa anak anak dorang jalan jalan. Kebetulan maktab aku pun kat area kaki bukit larut .Memang tempat persinggahan dorang la. Haha oh jangan tanya kenapa budak budak maktab aku panggil binatang ni michael. Sebab panggilan tu di turun temurunkan dari senior senior dulu. Kononnya panggilan michael nampak lebih intelektual :)


p/s: next post pasal KAWASAN MENUTUP AURAT :)? Insyallah ada masa aku update secepat mungkin. Bye




No comments :