Monday, July 4, 2011

awak tak sayang jantung awak ke?

Hye!!
Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia

Apa itu jantung?
merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang

Kenapa aku cerita pasal jantung Sebab hari ni tetiba aku teringat kat teman sebilik aku masa kat matrik Afifah atau aku panggil dia k.pah (dia matang sikit bila compare perangai dengan aku padahal aku lahir dulu  hehehe so aku panggil dia k.pah). 

Disebabkan aku malas nak makan nasi untuk makan malam. Kebetulan kiosk burger yang dekat sangat dengan bilik aku .Aku lebih prefer dinner makan burger. Kalau sebijik satu malam tak mengapa la juga. Ni aku beli lebih dari satu biji (waaa -.-'' jujur aku mengaku ni)

Aku dah la jenis high metabolism so aku makan banyak pun berat aku takkan naik.Aku bukan lah katogeri yang jaga makan. Apa yang aku nak makan aku makan. Berat badan paling koman pun naik 3kg tu pun tak jejas sangat badan aku ni.

Tambah lagi nak kata aku kuat beriadah. Peh jangan cakap la. Aku rasa last skali aku jogging masa aku kat PLKN setahun setengah yang lalu.*tu pun sebab terpaksa* Kalau aku tak masuk PLKN maknanya kali terakhir aku jogging time kelas  PJK kat maktab. Tu pun banyak makan angin dari berjoging ~lalalala

Dijadikan cerita...
Satu malam tu K.pah tegur aku."Fatin tak elok la makan burger tiap-tiap malam Tak elok untuk jantung taw" Memang lah badan awak takkan gemuk tapi jantung awak?". Masa dia cakap aku sengih :D heee "ala K.pah burger je yang buat fatin kenyang betul betul."

sumber google :D
Sebenarnya memang betul apa yang dia cakap.Sebagai seorang student biologi malu ooh kalau tak tahu jantung fungsi dia apa. Padahal jantung ni aku siap lukis warna warni lagi semata mata nak ingat function setiap part. :D Tapi disebabkan aku dah terjual note note hasil tangan aku kat pak cik paper tak boleh nak kasi tayang kat uooolss hehehe

Tak semetinya korang kurus korang boleh lari dari sakit jantung taw. Hmm sakit jantung ni macam bom jangka masa bila sekali serang tak tahu lah masih boleh lagi tengok dunia lagi ke tak.  So jagalah jantung anda.

Peace! mendoakan MALAYSIA ku AMAN :)

No comments :