Monday, July 18, 2011

adakah saya kurang bersyukur?



Ok first aku nak ingatkan yang aku nak tulis post ni panjang lebar. Sebab aku sendiri pun tak tahu macam mana kondisi diri aku ni -.-' so aku akan tulis sampai tangan aku letih

Memilih jurusan Perubatan Veterinar adalah pilihan aku sendiri.Bukan terpengaruh dengan persekitaran, keturunan mahupun pengaruh rakan sebaya Teringat zaman matrik masa aku ,dila and ecah lepak depan lab sementara tunggu lecturer datang. Aku pernah cakap yang aku tak pernah rasa nak sangat dapat 4.0 kat matrik ni. Aku just doa agar pointer aku cukup untuk melayakkan aku memohon course vet itu je. Pelik bukan.

Bukan kat matrik je masa aku masuk PLKN pun sama. Teringat kelas pertama aku masuk. Kelas CB (character building kot) Setiap orang di minta untuk memperkenalkan diri dan cita cita. Aku bangun memperkenalkan diri lantas dengan yakin aku cakap Saya nak jadi doktor haiwan. Bila aku kembali ke tempat duduk Jurulatih aku komen "Bagus jarang kita dengar orang nak jadi doktor haiwan"

Alhamdulilah aku berjaya di tawarkan jurusan tersebut. Namun ntah mana datangnya bisikan syaitan atau memang aku pun yang jenis kurang percaya pada diri mula berasa ragu ragu. Adakah ini jalan betul yang aku pilih? Ye mungkin semua orang akan cakap aku tak reti nak bersyukur sedangakan ramai yang nak course aku tapi tak dapat. Sebab itu aku dah highlightkan ayat diatas aku pun tak tahu kondisi aku semasa aku tulis post ini.

Bila tengok yuran per sem memang dah membuatkan kaki aku mengeletar. Biar betul RM2670 per sem. Ok kalau korang anak orang berada maybe korang rasa macam hekeleh minah ni 2k jer kot takkan nak kecoh. Tapi bagi aku tersentap sekejap. Adakah betul ini jalan yang aku pilih? Bukan meringankan lagi ibu abah tapi memberatkan lagi yang sedia ada. Mula terpikir kalau la aku pilih course A tak la semahal ni? (perkataan kalau tu pun dah tak baik sebab ada nada nada penyesalan di situ)

Adakah aku menyesal?

Mujur ada kawan kawan yang sentiasa menyedarkan aku di bumi yang nyata.Memutarkan kembali ingatan aku bagaimana kobarnya semangat aku dulu. Lantas yang tak pernah bela kucing pun tetiba menyatakan hasrat nak hantar kucing kat aku nanti. Terima kasih kawan. Menyedarkan aku sewajarnya aku patut bersyukur bukan berasa ragu ragu lagi. Sedarlah ramai lagi yang kecewa tidak mendapat tawaran berbanding aku yang mendapat pilihan yang memang aku nak.

Aku google kata kunci veterinar lantas menemukan aku dengan seseorang yang mungkin mula menjadi idola aku malam ini http://www.hishammarmin.com/2011/02/kerjaya-aku-doktor-veterinar.html .Aku di sambut di blog nya dengan quotes

"The best doctor in the world is a Veterinarian. 
He can't ask his patients what is the matter"
~ Will Rogers





p/s: nyah kau "perasaan ragu ragu". mengapa baru sekarang baru kau muncul -.-''

8 comments :

Ros Amanina said...

dun worry lah fren!!insyaAllah..u'll going to be a good vet..hehe..kan ade ptptn..bleyh je apply..:)...gudluck!!

ascil.punye.lah said...

hey kawan,first sekali congratz sebab dapat course yang kau minat.buanglah perasaan ragu ragu tuh.memang waktu waktu macam nih,perasaan tu selalu datang.tapi,banyak banyakkn doa jelah.mungkin ni pilihan terbaek.pasal duit jangan risau,bukan buat pergi joli pon.tapi,untuk study.no hal lah!gud luck kawan=p

ieLa yaaCoB said...

dun wori be happy lah..stiap ape y kite lkukan mstlah yakin..bnyk lg org y nk kn msuk u..p diorg xbnsb bek cm ko...so jgn ragu2 ngn kptsan y ko da wt keh..although yuran dy mahal..jnji cte2 ko tcapai..jgn cpt mlatah yei..gudluc atin:)

ijatazyanniaizzati said...
This comment has been removed by the author.
ijatazyanniaizzati said...

kita semua masingmasing tahu kemampuan diri,thats your dream so keep on doing it,.mak aku slalu cakap,'pasal duit kamu janganlah fikir, fikir blaja dulu,pandaila mama ngan abah cari', memang kadang2 aku pown rase besalah bila nak sambung blaja and banyak dwet dyorang dihabiskan. first ptptn, then da masuk 1st year,do apply for scholarship, :) goodluck kawan.
bersusah dulu bersenang kemudian kan :D

LITTLE NUUR said...

first of all tq korang sbb selepas smlm aku tido dlm keraguan bila buka blog hari ni alhamdulilah komen2 korang mula mengembalikan semangat aku

@Ros :
Thanx ros :) aku akan apply sume sumber yg ada..ptptn,yayasan perak. insyallah kalau ada rezeki. Tuhan melancarkan semua urusannya :)Terima kasih lg sekali sudi komen blog aku:)

@ascil:
ascil terima kasih :) btul kene doa byk2 sesungguhnya sikap keraguan tu tak baik :)isyaAllah aku memanfaatkan peluang yang ada

@iela:
hehe dun woRI be happy OK! :D betul yg ko ckp... :)
sepatutnya aku bersyukur bukan mengomel mcm ni..
thanks iela :)

@nia:
betul la kau cakap perasaan bersalah bila nk smbung belajar
sebab duit rase mcm tak smpai hati nk minta mcm2
tp mak aku pun ckp mcm mama kau. Belajar je tugas aku duit semua tu tak yah nak pikir
Bersusah dahulu bersenang kemudian!
aku pgg kata kata tu hehe tq!!!!

aDieLa said...

dr atin!!!hoyeh2!!!rileks3...
everything happens for a reason..he3..insyallah...atin bley punyer...yeah!!mmg jarang dgr org nak jadik dr hewan..n ka org first aq jumpa n aku bangga weyh!!gudluck!!!!!!

LITTLE NUUR said...

hahah ye dila!! tq
ok chill la kan..
haish adat la aku mmg suke pikir mcm2
btw thank you selalu support aku :)
ko antara yg sentiasa bg respon positif bila aku cerita pasal vet :)
ko pun gd luck juga!!!