Friday, June 17, 2011

tukang ambil order pheww -.-''

Hye!

Aku baru je balik dari kedai.Hari ni ramai la juga pelanggan nya sebab hari ni ada Perhimpunan Bulanan Bomba Ipoh. Hah jangan ingat budak sekolah je ada perhimpunan dah jadi bomba pun korang kene datang perhimpunan bulanan. Sepanjang cuti yang agak panjang ni jadi tukang amik order kat kedai mak aku kadang kadang agak membluurrr kan aku yang sedia azali blurrrr
Pelanggan 1 : Adik.. abang nak tea o ais tapi jangan letak ais

Pelanggan 2:  Abang nak limau ais tak mahu masam

Pelanggan 3 : Abang nak tea o suam nipis kurang manis cawan kecik 

Tu baru order air kalau bab makan memang saja je nak test kelajuan aku menulis order

Pelanggan 1: Kuetiaw goreng basah tak mahu pedas jangan letak taugeh nak cili hitam and telur mata 

Pelanggan 2 : Abang nak kuetiaw jugak macam kawan abang tapi abang nak pedas jangan letak udang abang allergic nak kering ye jangan basah sangat em telur mata jugak (sambil senyum sinis)

Aku: Ok itu je -.-'' terima kasih

 Tu belum lagi ...

Pelanggan 1: Err telur goreng tak mahu yang kuning

Mak aku: Ouh kamu nak yang putih je la -.-''

Pehhhhh sabar je la...

Yang paling tak boleh belah mak aku suka sangat kenenkan aku dengan sorang individu  ni yang selalu makan kat kedai mak aku. Dah la malu alah aku bukan sebab aku suka dia tapi aku segan bila mak aku duk jerit jerit

Ibu:Akak amek order abang abang yang kat meja bawah -.-''

Aku: what abang? pura pura tak dengar cepat je aku amik pinggan pergi basuh..err akak tengah basuh pinggan la

Ibu: cuci je la tangan cepat cepat nanti dorang lari

Haha mak aku memang sporting tak bertempat. -.-'' kalau aku dah lama panggil dorang pak cik hahahaha tapi biarlah kang aku gak yang termalu sendiri .Sabar je la...

Pelanggan 1: cuti sekolah tolong mak ke?

Aku : a'aah




p/s: ya saya masih bersekolah HAHA

6 comments :

amy syifa said...

mak aihh..byk s0ngeh yer!
siap nak telur goreng xnk kuning..
klu hakak la dah lame hakak suruh dia gorg sndiri..huhu

LITTLE NUUR said...

tahu takpe
mmg byk songeh
haish kdg2 rase mcm tak logik
sabo je la :)

milla said...

Hehe banyak songeh yang kelaka kan. Seronok jugak :)

LITTLE NUUR said...

agak la..
dari duduk keboringan kat rumah
baik g kedai mak amek order kt org2 yg byk songeh tak la boring sgt hidup
~heeee

ascil.punye.lah said...

cik atinnnnnnnnn saya nak order nasi pataya tanpa telur,nasi goreng daging merah tanpa daging and kailan
ikan masin tanpa sayur sikit pun.

*pangggggggggg!*

cik atin baling periuk kat aku.

LITTLE NUUR said...

ascil: kalau pelanggan yang gaye nye mcm ni bukan setakat periuk kerusi meja senduk semua aku baling HAHA