Sunday, April 24, 2011

hari keempat: Kura-kura masih sihat

Ok semalam aku sampai ipoh dari kampar dalam pukul 11 malam. Dok syok lena kat belakang tiba tiba ibu kejut ingatkan dah sampai rumah  rupanya singgah  makan kat kedai mamak jap. Alahai stok muka bangun tidur lantak pi la.

Pagi ni macam biasa la aku pergi pasar dengan ibu angah tisha and iqbal mula mula ingat nak pergi dengan abah tapi minggu ni abah bizi so kiteorang berlima yang pergi.

Hari ni hari bermanja manja dengan sang kura kura. Tiga ekor kura kura aku masih sihat lagi. So tadi bersihkan aquarium bagi makan and cuci cengkerang dia. Ok tahu agak keterlaluan cengkerang kura kura pun nak berus.Biaq pi lah dah aku memang tak de kerja la ni so mengadap kura kura je la kerja aku. Hehehe

3 comments :

kelibat said...

hoh! teringat kura kura aku...aku lepas kat paya dah.. kes tak cukup masa nak jaga. hoh!

Fatma Diyana MB. said...

eee. comeeelnya. saya punn ada satu tauu. hee :D

LITTLE NUUR said...

kelibat:
Haha kura kura ni pun bakal di lepaskan di paya. Tapi bukan kes tak cukup masa nak bagi makan tapi bila dorang dah besar sangat :)

Fatma Diyana MB:
uh yekew. Kite ada empat ekor tapi sekor dah mati (ece ayat bajet je -.-'' )

HAHA jaga kura kura dengan baik ya!!