Tuesday, February 1, 2011

kisah burung & bahulu

Time tu aku tengah study ahah (study sambil mata tertutup ) tetiba aku mendengar bende tengah berjalan kat tepi katil aku..

JENG JENG bikin suspen sikit. 

Aku yang baru nak melelapkan mata pun membuka mata pelahan lahan apabila mendengar derapan kaki. Punya lah cuak siapa lah pulak yang masuk bilik aku petang petang macam ni dah la aku tinggal sorang sorang dalam bilik -.-''

ku lihat kelibat dua makhluk itu sedang berjalan menggunakan dua kaki (ye la takkan jalan guna kepala kot) . oh sangat berhati hati mereka berjalan. Sekali aku sergah mereka terus mencicit terbang dari pandangan..HAHA ( nada jahat)

Apa terbang?
makhluk apa tu..

Haha aku merapu je kat atas tu as summary cerita kat atas sebenarnya petang tu ada dua ekor burung masuk bilik aku.Hmm aku rasa kesian la pulak sergah burung-burung tu :) Ntah ntah  dorang lapar kot  sebab tu berani masuk bilik aku. So aku ambil lah kuih bahulu kat atas meja study aku tu pastu aku baling ke luar tingkap.

Eh burung makan bahulu ke?
Makan je burung kat kolej aku dia makan je bahulu yang aku bagi.Sebab dia lapar :))


 nampak tak circle merah tu. Tu la dua ekor burung yang buat serang hendap kat bilik aku


bila aku baling bahulu tu makin banyak la pulak burung yang datang


sekali dia angkat geng kenduri kuih bahulu aku





keseronokkan mereka terganggu apabila datang pula seekor burung yang bukan tergolong dalam kerabat mereka



hah kehadiran burung tu la menyebabkan berakhirnya kenduri kuih bahulu yang aku anjurkan tu.(aku pun tak tahu apa nama burung tu ceh nama je budak hayat species burung pun tak lepas) haha


tapi yang pastinya burung-burung tu dah menjadi pengunjung setia kat tepi tingkap bilik aku. Tapi memandangkan kuih bahulu aku pun dah kehabisan stok tak dapet le den nak nolong nye. Tak pe cuti raya cina ni kita balik borong kuih bahulu lagi yer HAHAHA


2 comments :

aziani said...

lawak gila! kau jangan nur, aku biggest fan bahulu kot!

dyenuurfa said...

hahaha....
la biggest fan ke
tak pe la ko berkongsi cita rasa dengan burung-burung tu :)))