Saturday, February 5, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa / The Malay Chronicles: Bloodlines

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.


Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda. Dapatkah Merong Mahawangsa menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat?

Aik  pe hal ni tetiba belajar sejarah ni HAHA no lar actually ni la filem KRU yang bakal keluar ( aku pun tak tahu bila) tapi dia nye TRAILER boleh belah gak la :) 8JUTA tuuuu..!

Ouh tidak lupa OST filem  ini dinyayikan oleh Anuar Zain "Sedetik Lebih"





di sebalik takbir :)







p/s: actually aku tengah cari video untuk presentation agama kat youtube ntah cene boleh pergi melalut tengok trailer  The Malay Chronicles: Bloodlines .. HAHA pastu boleh pulak update blog.-.-''

SUMBER: semua di sini :)

2 comments :

amy syifa said...

memang dah lame mengidam nak tgk cite ni...!!
grrrr...xsabar!

dyenuurfa said...

tak sabar jugak!!