Sunday, February 13, 2011

cuti - cuti hoho :)

minggu ni minggu sakit untuk aku..macam macam sakit haiya skit belakang la sakit kepala la sakit perut la itu sakit ini sakit. Then sampai hari sabtu.. pagi pagi lagi aku dah hello hello abah mengadu sakit perut. Dah la sabtu tu ada kelas ganti sampai pukul 4ptg bayangkan la aku skip  kimia lecture,bio lecture,math lecture, tutor bio,tutor math Memang kelas pack lar hari tu.Tapi nak buat macam mana lah kan kesihatan yang tak mengizinkan


(tiada gambar disertakan)
haish takkan gambar sakit pun aku nak tempek

tengah hari abah sampai dengan ibu angah and tisha. Before tu abah dah kol pak cik jaga tanya boleh outing ke tak. Tapi dia cakap boleh sajarrr :) Nak di jadikan cerita masa aku nak scan card. Pak Cik jaga bersoal jawab dengan aku

Mangsa sakit perut:Assalamualaikum
Pak Cik Jaga 1 : Wslm hah kamu petang ni tak de kelas ke?
Mangsa sakit perut: Errrr..errrr (niat nk menipu) tak de raseenyeee
Pak Cik Jaga 1: Ai lambat jer jawab.

Damn kantoi nak tipu tak dapat -.-''

Mangsa Sakit perut: Tapi tadi ayah saya kol kat bilik pengawal dorang cakap boleh outing. 
Pak Cik Jaga 2: (baru muncul)..Hah kamu nak pergi klinik kan..sila sila scan card 
Mangsa sakit perut: Terima kasih pak cik.

hah senang je

Aku pun tak tahu kenapa abah beriya iya nak bawa aku pergi klinik 1 MALAYSIA bayangkan dari gopeng family aku menjelajah pergi cari klinik 1 MALAYSIA. Abah cakap saja nak tengok service dia cene. Nasib baik aku tak kritikal sangat. Kalau kat ipoh Klinik 1 MALAYSIA ada 3 jer. Dari gopeng ke bercham la kami merantau mencari klinik 1 MALAYSIA.

sampai klinik memang lengang. Kat kaunter pendaftaran kelihatan mak cik nurse yang sedang membuat ketupat. Aku la pesakit pertama yang mendaftar kot. Tak lama aku kat situ aku dah kene panggil  masuk bilik rawatan

Doktor: Hah kamu sekolah mana
Mangsa sakit perut: (Huh tanya aku sekolah mana ce tanya aku sakit apa) Saya matrik gopeng
Doktor: Setahu saya matrik gopeng sangat strict nak bagi student dia keluar
Mangsa sakit perut: Ade reason kukuh boleh la keluar
Doktor: Kamu duduk blok mane?
Mangsa sakit perut: (Ai bila nak rawat aku ni kalah pak cik jaga kolej menyoal aku) Intan
Doktor: Sape fello kamu?
Mangsa sakit perut: Ntah saya kenal sorang je.
Doktor:ok kamu ada gastrik saya bagi vitamin c sebab bibir kamu pun dah kering minum air banyak ye
Mangsa sakit perut: Itu je.terima kasih (aku pun terus bangun keluar)

ceh memang pakar la doktor tu tak amik heartbeat aku pun bila aku cakap aku sakit perut dia terus cakap gastrik.Kesimpulannya klinik 1 MALAYSIA memang bagus mempunyai doktor yang ramah mesra selain service yang sangat cepat :)

Ok la sampai sini je la post panjang lebar aku yang boring.Actually aku sambung cuti sampai maulidur rasul. Cuti panjang la teman ye..Salam




No comments :