Wednesday, January 19, 2011

buatan orang la sangat ntah-ntah kita yang buatkan -.-''

cuti mid sem aku di habiskan dengan lepak-ing kat kedai ibunda tersayang. kerja bertimbun menanti ku abaikan. name pun cuti so nikmatilah cuti sepuas puasnya.. nanti balik kolej dah tak ada masa nak lepak-ing macam ni lagi :)

ok berbalik kepada tajuk entri. Sudah sedia maklum ibunda aku mempunyai sebuah kedai makan yang tak berapa nak besar and tak berapa nak kecil. Almaklumla orang melayu kalau dah sebut berniaga tak boleh lari dari jeles menjelesi buat membuati hantar menghantari dan kene megenangi (faham ke?? )


ok sila abaikan statement di atas untuk mengelakkan kontrovesi


Tadi masa lepak-ing kat kedai ibu. Ibu cerita "pagi tadi nasi lemak yang di tanak em atas masak bawah mentah". Mula lah dia berjenaka hai ni macam ada orang yang nak buat kat nasi lemak ibu ni. Dengan selamba jer abah balas "dah masak nasi lebih air memang la mentah jadinye"

Ok jangan ambil serius cerita tadi.Tapi apa yang aku nak focuskan aku tabik la kat parents aku dorang selalu think positive. Walau macam - macam khabar angin dan cerita mulut mak cik pot pet pot pet. Ibu abah still cool jer. Ibu cakap bukan tak percaya dengan bende ghaib tapi yang lebih penting 

YAKIN KEPADA YANG MAHA ESA 
kerana
rezeki turun daripada-NYA 


p/s:
pendiding terbaik  :ayat kursi
pelaris terbaik  : ayat seribu dinar
kalau la ibu tahu aku tulis post ini gerenti die bising tapi as usual la 
"anak dia kan jenis sumenye nak cite  kat blog"hihihi

2 comments :

gEe said...

btol dh tu. rmai org bile ade pape je, ckp buatan org. ntah pape

dyenuurfa said...

yup...sila berfikir rasional dulu :)