Saturday, July 23, 2016

Fashion Tips untuk Wanita Berkulit Gelap ?


Salam
Fashion Tips untuk Wanita Berkulit Gelap ?


Untuk manusia yang macam aku ni di lahirkan tak la beberapa nak cerah memang susah la nak cari proper color nak pakai, kalau nk beli tudung kena la belek banyak kali color yang sesuai, and pernah je beberapa kali after beli tudung terpaksa bagi kat ibu puncanya bila pakai eh Nampak lagi gelap! Bila ibu pakai eh cantik pula .. mmm fine! Untung la kulit putih

Yes sudah semestinya kebanyakkan wanita yang berkulit cerah biasanya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berfesyen (bagi la baju kaler ape pun cantik ja depa pakai pfft -.-‘’) dan situasi ini berbeza dengan mereka yang berkulit gelap. Eh eh jangan sentap actually kulit gelap bukanlah perkara yang negative cuma nya isu tu just typical minded orang kita je asal putih je cakap cantik tapi ramai je artis wanita berkulit gelap yang cukup popular dengan rupa paras yang cantik seperti Tyra Banks, Jessica Alba, BeyoncĂ© dan ramai lagi!





Well, untuk yang berkulit gelap dan mahu tampil bergaya,
 ikuti fashion tips yang mudah seperti berikut

 1.      Jangan pakai pakaian putih

 Elakkan daripada memakai apa jua jenis pakaian yang berwarna putih untuk tidak menghasilkan kontra warna yang terlalu terang. Anda boleh memakai pakaian yang berwarna krim, pearl atau warna-warna lembut yang lain selain putih.


2.      Pakai stoking berwarna gelap

Selain berwarna hitam, anda juga boleh memakai stokin lain yang berwarna gelap. Stokin yang cerah dan kulit gelap mengasilkan kontra yang terlalu terang.

3.      Pakai pakaian berwarna cerah

Jangan takut untuk memakai pakaian yang berwarna cerah tetapi anda harus elakkan daripada koleksi pakaian yang terlalu cerah seperti neon.

4.      Khakis

Jangan pakai pakaian berwarna coklat yang lebih gelap daripada kulit anda. Pilihan  terbaik adalah warna khakis yang tidak terlalu gelap dan tidak terlalu terang.

5.      Elakkan warna-warna berikut

Terdapat beberapa warna yang harus anda elakkan dan warna-warna tersebut adalah coklat gelap, turquoise, magenta dan spring green.




Haa tu je la 5 tips untuk wanita yang berkulit gelap.  Harap membantu okay

Bye!